Monday, May 2, 2016

LAPORAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT AZOLA

PROJEK KEMASYARAKATAN

TANAMAN AZOLLA
Tarikh: 11 March 2016 (Jumaat)
Tempat: Laman Pusat Jagaan Al Fikrah Malaysia
Perkara: Projek kemasyarakatan merupakah salah satu projek khidmat masyarakat yang disumbangkan kepada dengan kerjasama pelajar program Kerja Sosial. Projek ini telah dicadangkan oleh Dr. Khatijah Binti Alavi Dan En Azmi Bin Abdul Manaf. Projek Azolla ini bertujuan unutk mengurangkan kos kewangan pihak Pusat Jagaan Al Fikrah dalam menyediakan makanan ternakan jagaan mereka seperti makanan untuk ikan dan ayam. Disamping mengurangkan kos, tujuannya adalah unutk membekalkan makanan sihat kepada binatang ternakan tersebut. Malahan,melalui projek kecil khidmat masyarakat ini secara tidak langsung mahasiswa dan mahasiswi dapat mendekati  komuniti. Projek ini diselia setiap 2 minggu sekali bersama pensyarah yang bertanggugjawab. Projek ini tidak menelan belanja yang besar dan mendapat dana daripada pelajar dan pensyarah sendiri.








Tarikh: 25 March 2016 (Jumaat)
Tempat: Laman Pusat Jagaan Al Fikrah Malaysia
Perkara: Para pelajar dan pensyarah mengadakan seliaan terhadap tanaman Azolla di Pusat Jagaan Al Fikrah. Hasil seliaan mendapati tanaman Azolla tumbuh dengan baik. Tanaman oragnik tersebut diberikan kepada ayam dan ikan sebagai makanan.


Tarikh: 22 April 2016 (Jumaat)
Tempat: Laman Pusat Jagaan Al Fikrah Malaysia

Perkara: Kumpulan Melati bersama wakil pelajar Kerja Sosial telah sekali lagi menjalankan seliaan terhadap tanaman Azolla bersama pengerusi Pusat Jagaan Al Fikrah, Tuan Haji Azmi. Hasil daripada tinjauan kami mendapati keadaan tanaman organik masih lagi baik. Walau bagaimanapun, projek pembiakan Lalat Askar Hitam sebagai makanan tidak menjadi dan memerlukan usaha dan penjagaan yang lebih rapi lagi.

No comments:

Post a Comment