Wednesday, April 13, 2016

KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH



KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH 2016



LMCR 2273:
APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT


KERTAS KERJA
PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG DI PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH


TARIKH
15 MARCH 2016 - 1 JUN 2016


TEMPAT
PUSAT JAGAAN AL FIKRAH


TEMA
DARI MAHASISWA UNTUK KOMUNITI




ANJURAN
SISWA / SISWI TAHUN 2 KURSUS LMCR 2273: APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMATDENGAN KERJASAMA
PUSAT JAGAAN AL FIKRAH


KERTAS KERJA PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH

1.0       PENGENALAN
Projek pembangunan laman sesawang merupakan projek utama yang ditetapkan di dalam Kursus Apresiasi Teknologi Maklumat (LMCR2273) pada Semester 2 sesi 2015/2016. Pelajar yang mengikuti kursus ini diminta menjalankan projek pembangunan laman sesawang bagi sesebuah komuniti atau institusi yang bukan berteraskan keuntungan. Melalui projek ini, pelajar dikehendaki merancang dan menjalankan pembinaan laman sesawang untuk komuniti atau institusi yang telah dipilih. Pelajar juga dikendaki menyediakan laporan akhir mengenai projek laman sesawang yang telah dilaksanakan.  Oleh itu, kertas kerja ini dibentuk bertujuan untuk memenuhi syarat kursus yang mengekendaki pelajar membina laman sesawang di taman perumahan atau kawasan kampung atau institusi di kawasan bandar baru bangi dan kajang, Selangor. Selari dengan kehendak kursus Apresiasi Teknologi Maklumat, projek yang dirancang oleh pelajar adalah menjalankan projek pembinaan laman sesawang di Pusat Jagaan Al Fikrah. Di samping itu, kami juga menyelitkan sedikit aktiviti kemasyrakatan iaitu Projek Azola.

Projek pembinaan laman sesawang ini akan dibantu oleh pensyarah kursus ini iaitu Encik Ahmad Rafizi Bin Salleh selaku penasihat dan penyelia bagi projek ini. Projek ini juga bertujuan untuk membantu komuniti di Pusat Jagaan Al Fikrah dalam pengaplikasian teknologi maklumat.  Di samping itu, projek ini secara tidak langsung mendekatkan mahasiswa UKM dengan komuniti setempat, sekali gus akan mewujudkan perkongsian ilmu pengetahuan secara bersama. Secara tidak langsung, Pusat Jagaan Al Fikrah juga dapat menggunakan laman seswang ini untuk memberikan informasi atau memudahkan komuniti setempat mendapatkan maklumat mengenai aktiviti yang dilaksanakan oleh institusi Pusat Jagaan Al Fikrah tersebut. Laman sesawang yang dibina akan diserahkan kepada Pengerusi Pusat Jagaan Al Fikrah untuk dikendalikan. Dengan itu, penjanaan idea yang kreatif akan terbentuk semasa merekabentuk laman sesawang tersebut. Akhir sekali, projek pembinaan laman sesawang dapat menjadi penghubung antara pelajar dan masyarakat luar lain dengan penghuni Pusat Jagaan Al Fikrah.

2.0       MAKLUMAT PROJEK
Nama Projek           Kertas Kerja Projek Khidmat Masyarakat Pembangunan Laman Sesawang Pusat Jagaan Al-Fikrah 2016
Tempat Projek         Pusat Jagaan Al-Fikrah
Aktiviti projek         Menghasilkan laman sesawang bagi institusi Pusat Jagaan Al-Fikrah serta menjalankan Projek Azola dengan kerjasama program Kerja Sosial.

3.0       MATLAMAT 
Projek berkonsepkan khidmat masyarakat ini bermatlamat memberikan pendedahan kepada pelajar Apresiasi Teknologi Maklumat dalam pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran di luar bilik kuliah dalam pembangunan laman sesawang bersama komuniti luar. Projek ini juga, merupakan salah satu sumbangan mahasiswa kepada masyarakat lain dengan cara membina laman sesawang untuk komuniti disamping memberikan pendedahan kepada teknologi maklumat yang semakin berkembang pada zaman moden kini.

4.0       OBJEKTIF
4.1       Menghasilkan sebuah laman sesawang untuk Pusat Jagaan Al-Fikrah
4.2      Memberi tunjuk ajar kepada komuniti dalam menggunakan laman sesawang yang akan dibina.
4.3     Memupuk kreativiti dan kemahiran ahli komuniti dalam menjana ilmu pengetahuan semasa pengendalian laman sesawang.
4.4      Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan komuniti Pusat Jagaan Al Fikrah
4.5       Menjalankan Projek Azola dengan kerjasama Program kerja Sosial

5.0       PIHAK YANG MEMBANTU (DANA SENDIRI)
Bagi melancarkan perjalanan projek pembangunan laman sesawang di Pusat Jagaan Al-Fikrah, kami telah mendapat dana daripada kalangan ahli kumpulan sendiri. Setiap ahli menyumbangkan jumlah dana yang sama rata bagi merealisasikan projek ini.

6.0       SUMBER YANG MEMBANTU AKTIVITI
? (org kat taman yg bantu,, blom ada nama.. kita kena p sana survey dlu, jumpa sapa2 yg patut..) lepastu baru boleh siapkn bhgian ni.. L

7.0       PELAKSANAAN AKTIVITI
            7.1       Membuat Persediaan dan Perancangan Program Bersama Ahli
            7.2       Membuat Perjumpaan Bersama Pengerusi Pusat Jagaan Al Fikrah
            7.3       Melaksanakan Projek Pembagunan Laman Sesawang Secara Berkala
            7.4       Menjalankan Projek Azola Untuk Komuniti Pusat Jagaan Al Fikrah
7.5     Perjumpaan Bersama Organisasi Pusat Jagaan Al Fikrah Untuk Pendedahan penggunaan Laman Web
7.6       Perjumpaan Bersama Komuniti Al Fikrah Untuk Memberi Penghargaan

8.0       JAWATANKUASA TERTINGGI
            Sila rujuk Lampiran A

9.0       PEMBAHAGIAN TUGAS
            Sila rujuk Lampiran B

10.0     ANGGARAN PERBELANJAAN
            Sila rujuk Lampiran C

11.0     CARA MENDOKUMENTASI DAN MEREKODKAN PROJEK
Semua bahan-bahan yang digunakan sebelum, semasa dan selepas projek ini yang telah dilaksanakan akan dikumpulkan dan didokumentasikan dalam  bentuk ?
Maklumat-maklumat yang terkumpul telah dimasukan ke dalam blog ??

12.0     PENUTUP
Diharapkan projek pembangunan laman sesawang ini dapat diluluskan oleh ahli jawatankuasa. Semoga projek ini dapat dijalankan selari dengan ojektif dan matlamat yang ditetapkan. Segala bentuk sumbangan, kerjasama dan keprihatinan yang diberi secara langsung mahupun tidak langsung amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
                     
LAMPIRAN A


STRUKTUR ORGANISASI
PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH 2016

PENAUNG
Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
Naib Canselor UKM

PENGERUSI
Y. Bhg. Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, UKM

PENASIHAT
En. Ahmad Rafizi Bin Salleh
Pensyarah Apresiasi Teknologi Maklumat,

KETUA PENGARAH
Nurul Aini binti Mohd ‘Asri
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 2  A134936 / 012-5692904

SETIAUSAHA
Farhana Shahira Binti Kholid
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 2  A150376


BENDAHARI
Anis Zalikha Binti Abu Kasim
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 2  A149470

Pengarah Program
: Nur Azima binti Mohd Zain
  Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 2  A149168
Pengarah Protokol
: Maisarah Binti Ismail
  Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan / 2  A150983

LAMPIRAN B
PEMBAHAGIAN TUGAS DAN SENARAI SEMAK
Tugasan
Tindakan
·         Perhubungan Awam
·         Membuat kertas kerja
·         Membuat pelan tindakan dan susun atur kerja
·         Menyediakan laporan
Ketua Pengarah
Pendokumentasian
·         Jurukamera
·         Minit mesyuarat
·         Membuat surat mesyuarat
·         Menghubungi pihak Pusat Jagaan Al-Fikrah
Setiausaha
·         Memikirkan sumber kewangan untuk kerja lapangan
·         Mengumpulkan sumber kewangan yang diperoleh dalam kumpulan
·         Merancang kreativiti Laman Sesawang
Bendahari
·         Pengumpulan maklumat
·         Merancang tarikh untuk mengadakan lapangan
·         Mengetuai kumpulan semasa lapangan di Rumah Penjagaan Al Fiqrah
·         Merancang aktiviti semasa lapangan
Pengarah Program
·         Menyediakan Cenderamata
·         Membina Blog
·         Membina Laman Sesawang
·         Memuat naik maklumat di dalam blog
Pengarah Protokol


LAMPIRAN C
 
ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL.
PERKARA
RM
1.
Pengurusan
·         Perhubungan

10.00
2.
Pengangkutan
·         Sewa Kenderaan 2 jam x RM 6.00
(5 kali perjumpaan)

60.00
3.
Cenderamata
·         VIP (RM 10.00 x 3 orang)

30.00
4.
Pengurusan Projek Azola
·         Sponsor Pelajar Kerja Sosial

00.00
JUMLAH PERBELANJAAN
RM100.00





Disediakan oleh,



…………………………...................
(NURUL AINI BINTI MOHD ‘ASRI)
Ketua Pengarah,
Projek Khidmat Masyarakat Pembangunan,
Laman Sesawang Pusat Jagaan Al-Fikrah,
Apresiasi Teknologi Maklumat.
Universiti Kebangsaan Malaysia.


Disahkan oleh,



...........................................
(EN. AHMAD RAFIZI BIN SALLEH)                                           
Pensyarah,
Apresiasi Teknologi Maklumat 
Universiti Kebangsaan Malaysia.










No comments:

Post a Comment